love

selamat datang ke blog anisya anies

Sunday 2 March 2014

Lelaki kacak jika pakai songkok tapi lagi kacak jika jadi IMAM . Perempuan comel bertudung tapi lagi comel yang pakai telekong jadi MAKMUM.
Lama tak buka blog :')

Wednesday 11 December 2013

Orang yang mula mula menjaga saya → Ibu dan bapa → Orang yang mula mula saya rapat → Kawan saya → Orang yang mula mula saya suka → Awak.

Friday 18 November 2011

Sejarah Hari Krismas

Penganut Kristian merayakan hari kelahiran Jesus yang disebut sebagai Hari Krismas atau Hari Natal pada 25 Disember pada setiap tahun.
Sarjana Kristian menyatakan tahun sebenar Jesus ialah pada tahun 6 atau 7 sebelum masehi. Mungkin juga pada tahun 8 dan 6 sebelum tarikh masehi. Ketidakpastian tarikh ini tidaklah menghairankan kerana gereja Kristian zaman dahulu tidak mementingkan tarikh. [1]
Hari raya yang terbesar dalam agama Kristian ialah Paskah bukan Hari Natal. Hari Natal itu baru dirayakan di Persidangan Rome tahun 354 m , di Contantinople 376 m dan di Antiochia 388 m Menurut Usener, mulanya Hari lahir Jesus disambut pada 6 Januari. Tetapi Paus Liberius menukar kepada 25 Disember. Gereja-gereja Katholik merayakan hari lahir Jesus pada 7 Januari sehingga sekarang.
Hanya pada 530 masehi tarikh lahir lahir Jesus ditetapkan . Pendeta bangsa Scythian juga ahli nujum bernama Dionzysius Eziguus menetapkan pada 25 Disember , tanpa sebarang alasan munasabah .
Menurut almanak Yulius ,tarikh 25 Disember sebenarnya tarikh lahirnya matahari. Dewa Mithra dilahirkan pada 25 Disember juga . Plitach menyatakan dewa Orisis iaitu dewa orang Mesir lahir pada 27 Disember. Dewa Horus dan dewa Apollo dilahirkan pada 28 Disember. Semua dewa di atas adalah nama dewa matahari.
Dr JJ Ch. Abinene menyatakan hari lahir Jesus mulanya tidak dirayakan kerana perayaan ini menyerupai kebiasaan orang kafir.Dalam Perjanjian Baru tidak pernah disebut perayaan hari natal ini. Namun akhirnya hari lahir Jesus dirayakan juga iaitu pada 6 Januari di Mesir sekitar abad ke-3, di Galilea 360 m dan di Sepanyol 380 m. Kemudian di Rome tetapi tarikhnya 25 disember.

opahku......

opaku yang telah menjaga aku selama 3 tahun..... Sayang Opah

pokok krismas

Tradisi menghias pohon Krismas berasal dari negara Jerman. Selalunya pokok malar hijau menjadi pilihan, khususnya pokok fir yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya, dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya pokok buatan menjadi pilihan

hari krismas

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria (Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir (Egypt), Habsyah (Etiophia), Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mengikuti kalender yang berlainan (kalender Julius berbanding kalender Gregory).
Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok Krismas, lampu hiasan, daun mistletoe, holi atau lakonan semula kelahiran Jesus (Anunciation). Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas. Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St. Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.
Hari Krismas bukan sahaja disambut oleh penganut Kristian, bahkan juga oleh ramai orang yang bukan penganut agama ini sebagai salah satu perayaan kebudayaan yang berunsur sekular (keduniaan). Oleh kerana pemberian hadiah dan beberapa aspek lain perayaan ini melibatkan peningkatan kegiatan ekonomi antara orang Kristian dan bukan Kristian, maka Hari Krismas menjadi peristiwa utama bagi kebanyakan penggiat sektor peruncitan.